Hari berganti hari, Januari 2010 telah sampai ke penghujung. Bagaimanakah pencapaian 2010 setakat ini? Saya ingin menceritakan tentang "Kuasa Pilihan" ... Mari kita sama-sama perhatikan betul-betul dengan mata hati kita, semua orang yang berjaya itu samaada millionair, mutil-millionair ataupun billionair adalah berasal dari orang biasa-biasa seperti kita semua, Persoalannya "kenapa mereka berjaya? kenapa tidak kita" Paling asas adalah kerana itu pilihan mereka dan kita membuat pilihan berbeza.
Sama-samalah kita renungkan. Asas kejayaan yang kita selalu dengar dari mereka yang berjaya - 1. Usaha, 2. Rajin, 3. Fokus, 4. Pengorbanan, 5. Yakin, 6. Ilmu, 7. Modal, 8. Disiplin, 9. Doa, 10. Tawakal. Mari kita halusi tips tersebut.
Usaha - Adakah mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan tidak berusaha? Saya yakin dan pasti mereka ini berusaha dengan gigih untuk mendapat pendapatan mereka. Berusaha menyiapkan tugasan harian dan mencapai target-target yang telah ditetapkan oleh majikan mereka, malah ada yang bekerja lebih masa tanpa imbuhan kerja lebih masa.
Rajin - Siapa yang tidak rajin, bangun diawal subuh, keluar rumah awal untuk mengelakkan kesesakan jalan raya, bekerja 9pagi hingga 5 petang, sambung overtime lagi. Ada yang bekerja 7 pagi hingga 7 petang, Hari Sabtu dan Ahad pun ada yang bekerja, bukankah semua ini tanda-tanda orang yang rajin.
Focus - Semua orang focus dengan kerjaya mereka. Mereka bekerja selama 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun atau lebih lagi di satu tempat samada di Jabatan Kerajaan mahupun di Sektor Swasta. Malah mereka menjalankan tugasan yang sama selama mana mereka bekerja. Bukankah ini focus namanya.
Pengorbanan - Meninggalkan anak-anak di bawah jagaan pembantu rumah atau pusat asuhan kanak-kanak. Malah ada yang tinggalkan anak mereka di kampung. Meninggalkan keselesaan rumah dan sanggup mengharungi kesesakan jalan raya. Kerja out station dengan meninggalkan keluarga berjauhan. Semua ini adalah satu pengorbanan yang besar.
Yakin - Pasti mereka yakin dengan apa yang mereka usahakan, menjanjikan pendapatan berterusan.
Ilmu - Ilmu adalah perkara asas yang semua kerjaya perlu, sekurang-kurangnya dalam bidang masing-masing. Mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 pasti ada ilmu untuk kerjaya mereka.
Modal - Modal masa, modal tenaga dan wang ringgit sekurang-kurang nya untuk ke tempat kerja pastinya diperlukan.
Disiplin - Disiplin kerja adalah satu perkara yang pastinya diperlukan oleh semua yang berkerjaya.
Doa dan Tawakal juga adalah satu rutin harian setiap insan.
Semua orang yang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan memiliki ciri-ciri 1. Usaha, 2. Rajin, 3. Fokus, 4. Pengorbanan, 5. Yakin, 6. Ilmu, 7. Modal, 8. Disiplin, 9. Doa, dan 10. Tawakal, sama seperti mereka yang berpendapatan melebih RM100,000 sebulan. Persoalannya kenapa ada yang berpendapatan kurang dari RM5,000 dan ada melebihi RM100,000 sebulan? Tidak lain dan tidak salah lagi adalah PILIHAN kita sendiri. PILIHAN untuk melalui perjalan mencapai pendapatan kurang dari RM5,000 sebulan dan PILIHAN untuk melalui perjalan kearah pendapatan melibihi RM100,000 sebulan.
Kuasa PILIHAN ada ditangan kita, kita yang menentukannya. Apa yang kita perolehi hari ini adalah hasil PILIHAN kita yang lalu. Penentu hari esok adalah PILIHAN kita hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan